Untuk ambil multiple screenshot di dalam Windows 7 dengan cara yang mudah, anda boleh menggunakan default tools Windows 7 yang dikenali Microsoft Clip Organizer. Anda tak perlu lagi bersusah payah nak buka aplikasi ‘Paint’ dan paste kan ke dalam tu kemudian baru ‘Save’. Cara ni akan melambatkan kerja-kerja anda. Jadi, salah satu tools yang anda boleh gunakan adalah Microsoft Clip Organizer. Ianya memang dah ada secara default di dalam Windows 7.

Klik Start Menu dan cari Microsoft Clip Organizer.

screenshot0 (415 x 513)

Lakukan print screen dan paste kan ke dalam Microsoft Clip Organizer. Tools ini akan savekan gambar tersebut secara automatik ke dalam folder My Picture.

screenshot1

Itu sahaja. Gambar akan disave dalam default folder berikut:

screenshot2