Kebiasaannya dalam proses format komputer, kita perlu setkan Boot Order bagi tujuan mengarahkan komputer tersebut untuk run/membaca terus Installer dari CD Drive atau USB atau pun melalui Network. Pilihan Boot Order ini ada di dalam sistem BIOS atau Basic Input/Output System yang mana pengguna perlu menekan kekunci F10 banyak kali semasa komputer sedang dibootkan untuk mengaksesnya. Persoalannya, bagaimana pula untuk mengakses kepada sistem BIOS ini sekiranya anda menggunakan Virtual Machine?

Bagi yang menggunakan VMWare, anda boleh melaksanakan fungsi Force BIOS Setup seperti cara berikut:

1. Pada virtual machine tersebut, klik Kanan dan pilih Edit Settings

2. Kemudian klik pada tab Options dan pilih Boot Options.

3. Tick pada kotak “The next time the…..Setup screen” yang terletak di bawah ruangan Force BIOS Setup.

4. Akhir sekali klik OK.

5. Virtual machine tersebut akan terus memaparkan BIOS screen selepas anda startkan virtual machine tersebut.