Latar Belakang

Strategi ‘Cloud First’ pertama kali diperkenalkan di MSC Malaysia Implementation Council Meeting (ICM) ke-29 pada 19 Oktober 2017. Strategi ini merupakan inisiatif antarabangsa yang menyarankan penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 50% penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam menjelang 2025.

Mandat

Dasar ‘Cloud First’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 29 Januari 2020 melalui Memorandum kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai Kerangka Dasar Hab Perkhidmatan Awan dan Pusat Data Kebangsaan. Selaras dengan keputusan ini, sektor awam kini dikehendaki untuk mengutamakan penggunaan pengkomputeraan awan di bawah Dasar ‘Cloud First’.

Bagi merealisasikan 50% penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam, Cloud Computing Committee (C3) ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) oleh kerajaan pusat pada Ogos 2019.

Baca lanjut di sini https://mdec.my/digital-economy-initiatives/for-the-industry/cloud1st/ berkaitan:

– Info Pengkomputeran Awan
– Polisi Pengkomputeran Awan
– Panduan Pelaksanaan